PASUKAN Kadet Polis telah ditubuhkan pada 8 Mac 1977. Ia berpusat di Pusat
Latihan Polis Jalan Aman, Muara. Penubuhan ini telah diusahakan atas kerjasama
Pasukan Polis Diraja Brunei dengan Kementerian Pelajaran (ECA). Sekolah yang
mula menubuhkan Pasukan Kadet Polis ialah Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri
(STPRI), Sekolah Menengah Sultan Muhammad JamalulAlam (SMJA), Maktab Sultan
Omar 'Ali Saifuddien (Junior). Keramaian anggota pada masa tersebut ialah 90 orang
penuntut dengan keramaian empat orang guru pengawas.
SUMBER : https://www.polis.gov.bn/