Ruj. Tahukah Awda? 22112025

22/11/2025

PERPUSTAKAAN Islam Brunei Darussalam (PIBD) telah dibuka rasmi dan dinamakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Jamadilawal 1422 Hijrah bersamaan 18 Ogos 2001 Masihi bersempena Ekspo Islam Antarabangsa Pertama yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan. Antara objektif penubuhannya ialah menyediakan pusat sumber rujukan Islam yang komprehensif bagi penggunaan secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat pada masa kini dan pada masa hadapan. 


SUMBER : mufti.gov.bn. 

Attachments