SERIA telah dipilih sebagai salah sebuah bandar yang menerima Anugerah 6th
ASEAN Environmentally Sustainable Cities (ESC) pada 3 September 2025 di
Langkawi, Malaysia. Anugerah ini merupakan inisiatif di bawah ASEAN Working
Group on ESC yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada bandar-bandar ASEAN
yang menunjukkan kepimpinan serta kecemerlangan dalam memajukan agenda
pembangunan bandar mampan berteraskan kelestarian alam sekitar.
SUMBER : Pelita Brunei, 8 September 2025.