MUZIUM Maritim Brunei Darussalam terletak di Kota Batu, dan merupakan repositori sejarah maritim yang mengandungi peninggalan artifak dan pertukangan maritim dari berbagai era. la dibangunkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 dengan peruntukan BND5 juta di atas tanah seluas 3.53 hektar (8.74 ekar). Reka bentuk bangunan Muzium Maritim Brunei Darussalam adalah berkonsepkan sebuah kapal, dari pandangan depan, bersesuaian dengan penglibatan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat perdagangan yang masyhur pada zaman dahulu.
SUMBER : http://www.museums.gov.bn/