PENGIKTIRAFAN Bandar Seri Begawan (BSB) sebagai Ibu
Negara Ketamadunan Islam bagi Rantau Asia untuk tahun 2019
semasa Persidangan Islamic Conference of Culture Ministers
(ICCM) yang Ke-9 pada 2 hingga 4 November 2015, di Muscat, Oman
adalah satu penghormatan yang amat tinggi nilainya dan merupakan
satu mercu tanda penting yang bersejarah bagi Negara Brunei
Darussalam secara amnya. Sebelumnya, pada tahun 2018, BSB juga
telah menerima Anugerah Bandar Pelancong Bersih ASEAN semasa
Forum Pelancongan ASEAN 2018 (ATF) di Chiang Mai, Thailand.
SUMBER : Pelita Brunei 2021.