KEMPEN Earth Hour merupakan acara tahunan yang
dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia WWF (World Wide
Fund for Nature) yang disambut setiap tahun pada Sabtu
terakhir, bulan Mac. Kempen Earth Hour mula diadakan di negara
ini pada Mac 2010, bagi sama-sama menyokong seruan dana
sejagat, World Wide Fund (WWF) yang telah memperkenalkan
kempen berkenaan pada Mac 2007 yang antara lainnya untuk
sama-sama berjimat tenaga dengan mematikan lampu selama
satu jam pada setiap penghujung bulan Mac bagi memberikan
kesedaran atas perubahan iklim global.
SUMBER : Pelita Brunei.