PESTA Buku Brunei pertama kali dianjurkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
pada tahun 1989 sempena 30 Tahun Bahasa Melayu dalam
Perlembagaan. Mulai tahun 2000, ia mula dianjurkan secara
tahunan sebagai salah satu acara pengisian bagi menyemarakkan
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei
Darussalam. Manakala mulai tahun 2021, penganjuran Pesta Buku
Brunei disempenakan dengan Sambutan Bulan Bahasa.
SUMBER : Pelita Brunei edisi Ogos 2025.