Ruj. Tahukah Awda? 30082025

30/08/2025

PADA 4 November 1985, iaitu pada Sidang Ke-24 MBIM di Jakarta, Negara Brunei Darussalam (NBD) yang telah mencapai kemerdekaan telah diterima dengan rasminya menganggotai Majlis Bahasa ini. Bertitik tolak dari itu, singkatan MBIM ditukar menjadi akronim MABBIM, iaitu singkatan Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia. NBD menganggotai Majlis Bahasa Serantau ini melalui titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu dengan tertubuhnya satu jawatankuasa tertinggi yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD). Badan ini diberi kuasa penuh dalam hal-hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa.


SUMBER : http://www.dbp.gov.bn/. 

Attachments