INSTITUT Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
(ITQSHHB) mula ditubuhkan pada 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan
1 Januari 1993 Masihi atas titah perkenan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam bersempena Hari Keputeraan baginda yang Ke-46 pada
15 Julai 1992. Antara objektif Institut Tahfiz tersebut ialah untuk
menunaikan dan melaksanakan salah satu tuntutan Fardu Kifayah,
untuk menambah/melahirkan para Hafiz, Al-Quran dan untuk
memelihara/menjaga kesucian dan keaslian Al-Quran daripada
sebarang perubahan, pindaan dan pengurangan.
SUMBER : itqshhb.edu.bn.