Ruj. Tahukah Awda? 12072025

12/07/2025

PROJEK pembinaan rumah tersusun di Kampong Ayer dikenali dengan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 'A' dan Kampung Bolkiah 'B'. Tujuan asal pembinaan rumah ini adalah bagi menyediakan perumahan kepada penduduk yang terlibat dalam kebakaran besar di Kampong Ayer pada tahun 1993. Sebanyak 476 buah rumah dibina iaitu sebanyak 226 buah sebagai fasa pertama di Kampung Bolkiah 'A' dan 250 buah sebagai fasa kedua di Kampung Bolkiah 'B'. Dua jenis rumah telah dibina iaitu jenis 'A' (dua buah bilik tidur) dan jenis 'B' (empat buah bilik tidur). Daripada jumlah tersebut hanya 26 buah rumah adalah jenis 'A'. 


SUMBER : yshhb.org.bn.

Attachments