Ruj. Tahukah Awda? 05072025

05/07/2025

BAGI pendaftaran lesen anjing, anjing-anjing peliharaan yang didaftarkan hendaklah berusia tiga bulan ke atas sebelum 1 Februari pada tiap-tiap tahun sama adaanjing yang baru dimiliki ataupun mana-mana anjing peliharaan yang pernah didaftarkan lesen dan lencana anjing sebelum ini dan telah tamat tempoh. Harga lesen anjing bagi setiap seekor anjing adalah BND5, manakala bayaran pendaftaran bagi mendapatkan lencana anjing berharga BND3. Anjing yang telah didaftarkan perlu dikalungkan lencana pada setiap masa. Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai lencana anjing tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut juga adalah satu kesalahan di bawah Bab (5) dari Akta Anjing Penggal 60 iaitu dikenakan denda BND250 atau sebulan penjara. 

SUMBER : www.moha.gov.bn

Attachments