Ruj. Tahukah Awda? 21062025

21/06/2025

PENGAWASAN Kejiranan Kampung (PKK) yang pertama ditubuhkan di Kampung Madang, Daerah Brunei dan Muara pada 28 April 1989 dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Omar bin Pengiran Dato Paduka Penghulu Haji Apong selaku Pesuruhjaya Polis ketika itu. Projek sukarela ini ditubuhkan bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan, menimbulkan perasaan tanggungjawab di kalangan penduduk kampung, terutama sekali dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kampung dan sekitarnya. 


Sumber : www.polis.gov.bn.

Attachments