Ruj. Tahukah Awda? 31052025

31/05/2025

DUA orang wanita adalah di antara dua puluh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti Malaysia Batallion 4 (MALBATT 4) di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah selamat kembali ke tanah air selepas menamatkan penugasan menjaga keamanan dan kestabilan di Lubnan. Ini merupakan penghantaran kali pertama buat anggota wanita ABDB di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan. Keduadua anggota wanita ini, bertugas sebagai Senior Midwife di Pusat Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan, Jabatanarah Logistik. Negara Brunei Darussalam  telah menyertai misi pengaman di bawah UNIFIL sejak tahun 2008. 


SUMBER : land.mindef.gov.bn

Attachments