Ruj. Tahukah Awda? 24052025

24/05/2025

KOLEJ Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baharu Hijrah 1428 bersamaan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Dull Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baharu Hijrah 1428 bagi penaikan taraf Maktab Perguruan Ugama kepada peringkat Kolej Universiti. KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara. Kedudukan penubuhannya melambangkan mercu tanda keislaman yang unik dengan memartabatkan pengajian perguruan ugama dan khazanah ilmu kitab turath Melayu. 


SUMBER : www.kupu-sb.edu.bn

Attachments