Ruj. Tahukah Awda? 17052025

17/05/2025

​​​JAMBATAN Clifford juga dikenali sebagai Jambatan Rangas oleh penduduk setempat dan merupakan jambatan konkrit pertama yang menghubungkan antara Batu 1, Jalan Tutong dengan Bandar Seri Begawan yang dipisahkan oleh Sungai Rangas yang sekarang dipanggil Sungai Kedayan. Perbelanjaan pembinaan jambatan ini sebanyak $80,000.00 dan siap pembinaannya pada 1928. Jambatan ini berukuran 360 kaki panjang dan lebar 13 kaki termasuk laluan jalan kaki. Manakala di bahagian tengah jambatan berukuran 23 kaki lebar. 


SUMBER: Berita Muzium, Bil 4, Jilid 29. 

Attachments