Ruj. Tahukah Awda? 10052025

10/05/2025

​PERMULAAN pertandingan membaca Al-Quran diadakan di Masjid Kajang di Jalan Sultan (berhampiran dengan kubur Dang Ayang) dikelolakan oleh Jawatankuasa Masjid yang terdiri daripada pehin-pehin, pegawai masjid serta beberapa orang daripada jemaah-jemaah masjid. Tujuan utama pertandingan tersebut diadakan ialah untuk menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah dan pada awalnya pertandingan hanya terbuka kepada orang-orang dewasa laki-laki sahaja tetapi beberapa tahun kemudian barulah dibuka kepada orang-orang dewasa perempuan serta kanak-kanak lelaki dan perempuan. 


SUMBER : Buku Ulang Tahun 10 Tahun Penubuhan IQRA. 

Attachments