Ruj. Tahukah Awda? 19042025

19/04/2025

JIKA seseorang didapati vaping di tempat-tempat awam yang dilarang merokok, boleh dikenakan denda kompaun di bawah Perintah Tembakau 2005 Bab 14(2), iaitu BND300 bagi kesalahan pertama dan BND500 bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Pengimportan dan penjualan e-cigarette atau vape di negara ini adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi dari BND5,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi dari BND10,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya.


Sumber : www.pelitabrunei.gov.bn

Attachments