DUTA Bahasa merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka yang
berusaha dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam memperkasakan
Bahasa Melayu baik di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.
Duta bahasa ini akan menjadi suri teladan khususnya bagi generasi baharu di negara ini,
di samping menjadi penyuntik semangat kepada masyarakat untuk menggunakan
Bahasa Melayu secara menyeluruh. Duta Bahasa pertama kali diberikan sempena
Sambutan Bulan Bahasa 2015.
SUMBER : http://www.dbp.gov.bn/