MEMBUAT, menjual, mengeluarkan, atau mengedarkan apa jua barangan atau produk yang mempunyai gambar mata wang dan duit syiling Negara Brunei Darussalam dalam apa jua saiz, skala ataupun warna, termasuk penggunaannya dalam sebarang iklan, tanpa kebenaran Brunei Darussalam Central Bank merupakan satu kesalahan di bawah Bab 21(1), Perintah Mata Wang, 2004. Kesalahan ini boleh membawa kepada hukuman denda atau penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
SUMBER : Brunei Darussalam Central Bank