Ruj. Tahukah Awda? 110125

11/01/2025

PELAKSANAAN Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke dalam Sistem Pendidikan Umum bermula pada Rabu, 17 Rabiulakhir 1445 Hijrah / 1 November 2023 Masihi. Melalui pengintegrasian ini, mata-mata pelajaran yang lazimnya diajarkan di sekolah-sekolah ugama akan diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan umum di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta. Pengintegrasian ini hanya akan melibatkan pelajar-pelajar yang sedang menuntut pada peringkat Pra sehingga Darjah III ugama yang mana waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang. 


SUMBER : w w w.moe.gov.bn.

Attachments