Ruj. Tahukah Awda? 28122024

28/12/2024

​PERSATUAN Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 1951 apabila Perlembagaan PPPBD diluluskan oleh lbu Pejabat Persatuan Pandu Puteri (Imperial Headquarters) di London dan diterima menjadi Ahli Bersekutu World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) pada 26 Julai 1987. Semenjak penubuhannya, PPPBD telah menjalankan pelbagai kegiatan serta projek kepanduan yang berunsur keagamaan, kenegaraan, kemasyarakatan, kesihatan, pemeliharaan alam sekitar dan kemahiran. Ahli-ahli PPPBD juga terlibat dalam pelbagai latihan, bengkel dan kursus perkembangan, perkhemahan dan persidangan yang diadakan di dalam dan luar negeri.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Februari 2024.
Attachments