SKIM Insentif Pertanian dan Agrimakanan (SIPA) yang disalurkan oleh
Jabatan Pertanian dan Agrimakanan adalah bertujuan bagi membantu
dan mendokong para pengusaha / peladang memajukan dan meningkatkan lagi
industri pertanian dan agrimakanan di dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Matlamat SIPA ini adalah dihasratkan sebagai penggerak dan penggalak kepada
para pengusaha/peladang bagi mencapai dan memantapkan pengeluaran hasil
pertanian dan agrimakanan yang berkualiti tinggi, berdaya saing secara berterusan
serta mampu berdikari dalam jangka masa panjang.
SUMBER : http://www.agriculture.gov.bn/.