Ruj. Tahukah Awda? 23112024

23/11/2024

SYARIKAT  Minyak Brunei Shell (Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd.- BSP) telah berjaya membuat penerokaan baharu ke atas Telaga Layang-Layang di kawasan Lumut yang merupakan penemuan baharu di daratan yang signifikan bagi BSP dalam 37 tahun. Penemuan Minyak dan Gas Layang-Layang merupakan yang pertama seumpamanya kerana ia mengesahkan satu konsep geologi baharu yang dikenali sebagai Shale diapir trap yang diterjemahkan dari data seismik dan Brunei field outcrop studies. Apa yang membuatkan penemuan ini sangat luar biasa ialah aplikasi baharu, pemprosesan teknologi seismik yang terkini dari data lama yang sedia ada. SUMBER : Pelita Brunei Edisi April 2017

Attachments