INSTITUSI Penjara Jerudong telah mula beroperasi sejak mulanya penubuhan Jabatan Penjara iaitu pada 1 Mac 1954. Bangunan penjara (lama) berkenaan hanya mampu menempatkan 28 orang banduan. Setelah bangunan baharu Penjara Jerudong siap dibina ianya telah mula digunakan pada 1 Februari 1980 yang mana bangunan baharu berkenaan boleh menempatkan sejumlah 130 orang banduan lelaki dan 16 orang banduan wanita.
SUMBER www.prisons.gov.bn