Ruj. Tahukah Awda? 02112024

02/11/2024

PERINTAH Pekerjaan (Upah Minimum), 2023 berkuat kuasa pada 12 Julai 2023 menetapkan kadar upah minimum yang perlu dibayar oleh majikan kepada setiap pekerja terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu, yang tidak boleh dikurangkan mengikut perjanjian kontrak perkhidmatan bertulis yang disediakan oleh majikan dan ditandatangani oleh majikan dan pekerja. Adalah menjadi kesalahan jika majikan didapati melanggar Perintah Pekerjaan (Upah Minimum), 2023, iaitu di bawah Bab 148, Perintah Pekerjaan 2009, iaitu jika sabit kesalahan boleh dikenakan suatu denda tidak melebihi daripada BND3,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. 



SUMBER : www.labour.gov.bn. 

Attachments