JABATAN Perkhidmatan Elektrik yang dulu dikenali sebagai Pejabat Elektrik ditubuhkan pada tahun 1921.
Pada tahun 1934, skim untuk membekalkan tenaga elektrik ke rumah pegawai kanan kerajaan serta kilang padi di Bandar Brunei dimulakan. Setahun kemudian, sebuah generator 22 kilowatt dan 75 kilowatt diesel mula beroperasi.
Pada tahun 1953, Pejabat Elektrik ditukar menjadi Jabatan Perkhidmatan Elektrik apabila ia mula membekalkan kuasa ke seluruh Bandar Brunei.
Jabatan Perkhidmatan Elektrik pada hari ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.