Ruj. Tahukah Awda? 05102024

05/10/2024

KOMPLEKS Tamu Tutong dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 2007 dan telah direalisasikan melalui Rancangan Kemajuan Negara Kelapan menelan belanja kira-kira BND9 juta untuk prasarana bangunan berkenaan. Kira-kira 200 lebih pengusaha termasuklah warga emas ikut menjual di Tamu Tutong. Selain itu, kompleks tersebut juga mempunyai satu tempat bagi 'Tamu Mingguan Satu Kampung Satu Produk (1K1P)' sebagai satu inisiatif dalam mempromosikan produk-produk orang kampung dari Daerah Tutong, Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait. Tamu Mingguan 1K1P ini dilancarkan pada bulan September 2020. 

SUMBER : Pelita Brunei 2016.
Attachments