KEMENTERIAN Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan
Teknologi EVYD telah mengumumkan pembukaan rasmi
Intelligence Hub, Kementerian Kesihatan, di Kampus EVYD,
di Jerudong. Pembukaan hab ini adalah sebahagian daripada usaha
kementerian untuk mengukuhkan daya tahan ekosistem penjagaan
kesihatan Brunei. Hab yang akan menempatkan bersama, Epidemic
Intelligence and Response Unit (Bahagian Kawalan Penyakit),
berfungsi sebagai pusat pengawasan untuk memantau penyebaran
penyakit di seluruh negara; Unit Penyesuaian dan Ketahanan
Perubahan Iklim; dan Unit Kesihatan Digital.
SUMBER : Pelita Brunei Edisi November 2022.