LAIN-lain program yang disediakan dalam Sistem Pendidikan
Negara Abad 21 (SPN21) ialah Program Pendidikan Khusus
yang mana program ini adalah bagi pelajar yang pintar cerdas
(gifted) dalam bidang akademik tertentu seperti sains dan matematik
atau berbakat (talented) dalam bidang muzik dan seni atau
berkebolehan dalam bidang sukan. Dan juga Program Pendidikan
Berkeperluan Khas di mana program ini adalah bagi pelajar yang
kurang penglihatan dan pendengaran; mempunyai tantangan
mental; mempunyai tantangan fizikal; dan mempunyai kesukaran
pembelajaran yang spesifik.
SUMBER : www.moe.gov.bn.