Ruj. Tahukah Awda? 14/09/2024

14/09/2024

​​PASUKAN Polis Diraja Brunei telah melakar satu sejarah penting pada 4 Ogos 1974, dengan Pengambilan Pertama Skuad Polis Wanita seramai 30 orang. Penubuhannya telah memberi peluang kepada mereka untuk berganding bahu bersama Polis Lelaki dalam menjaga keselamatan dan keamanan di negara ini. Pada 4 Ogos tahun ini, genaplah usia 50 Tahun Penubuhan Polis Wanita. Sepanjang lima dekad tersebut, jumlah keanggotaannya telah meningkat kepada 774 orang, terdiri daripada 52 pegawai dan 722 anggota pangkat rendah. 


SUMBER : Pelita Brunei Ogos 2024

Attachments