Ruj. Tahukah Awda? 07/09/2024

07/09/2024

APLIKASI Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya yang diperkenalkan oleh Pusat Da’wah Islamiah (PDI) pada penghujung tahun 2018 yang lalu dihasratkan untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk membaca Al-Quran, sekali gus memahami dan menghayati isi kandungannya serta sebagai rujukan sahih yang boleh diguna pakai oleh umat Islam di negara ini dan seluruh dunia amnya. Antara objektif aplikasi berkenaan ialah untuk menjadikan telefon bimbit dan tablet komputer sebagai media penyebaran Mushaf Al-Quran Brunei Darussalam dan Terjemahannya yang boleh dimuat turun dengan mudah dan sesuai dengan perkembangan teknologi terkini.


SUMBER : Pelita Brunei Ogos 2021.

Attachments