Ruj. Tahukah Awda? 31/08/2024

31/08/2024

PERINTAH Perancangan Bandar dan Desa 2015 (Town and Country Planning Order, TCPO 2015) adalah suatu akta bagi mengawal selia perancangan bandar dan desa di Negara Brunei Darussalam. Ianya menyediakan kerangka undangundang untuk mentadbir, mengawal serta menguatkuasakan tugas-tugas perancangan bandar dan desa. Perintah ini adalah hasil kajian semula Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 (Penggal 143), di mana beberapa bahagian dan bab yang terkandung di dalam perintah baharu ini antara lain bertujuan untuk memantapkan lagi dua fungsi utama jabatan, iaitu perancangan bandar dan desa khusus di dalam penyediaan pelan-pelan pembangunan (development plans) dan juga kawalan kemajuan serta penguatkuasaan. Perintah ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2017 dan mengandungi enam bahagian dan 64 bab keseluruhannya. 


SUMBER : http://www.mod.gov.bn/

Attachments