Ruj. Tahukah Awda? 17/08/2024

17/08/2024

PENGGANTIAN mandatori kepada Sistem Meter USMS adalah sebagai langkah mitigasi untuk memastikan perkhidmatan bekalan elektrik dan air tidak terjejas semasa TD Rollover yang akan berlaku pada 24 November 2024. Pendaftaran untuk penukaran meter elektrik dan air kepada sistem USMS boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari pautan bit.ly/usmsbn atau menghubungi 7396051/2/3. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.usms.com.bn, e-mel contact.usms@datastream.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123. 


SUMBER : Siaran Akhbar Bersama Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, dan DST Network Sdn. Bhd.

Attachments