Ruj. Tahukah Awda 20/07/2024

20/07/2024

PERKHIDMATAN shuttle bus yang disediakan bagi kunjungan orang ramai ke Hospital RIPAS merupakan satu lagi inisiatif dan kemudahan yang diberikan bagi kemudahan orang ramai sekali gus menyelesaikan masalah letak kereta yang dihadapi sebelum ini. Tempat letak kenderaan percuma disediakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah dan dari sana, bas ulang-alik bergerak dari masjid ke Pusat Wanita dan Kanak-kanak dan kemudian ke Blok Pesakit Luar. Waktu beroperasi bagi perkhidmatan ini bermula dari pukul 6.00 pagi hingga 11.00 malam. 

SUMBER : Pelita Brunei

Attachments