INSTITUT Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah ditubuhkan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis sambutan Isra Mikraj pada 27 Rejab 1435 / 27 Mei 2014. IBTE merupakan sebuah institusi pasca-menengah yang menawarkan kursus-kursus di peringkat Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal yang terbahagi kepada 7 kluster seperti agroteknologi dan sains gunaan, maritim, perniagaan dan perkhidmatan kewangan, perhotelan dan perkhidmatan pelancongan, tenaga dan kejuruteraan, perkhidmatan teknologi bangunan, elektronik dan teknologi maklumat
SUMBER : www.moe.gov.bn