SEMUA pemilik-pemilik tanah bergeran perlu menjelaskan cukai tahunan serta
dikehendaki membayar tunggakan cukai tahunan tanah mereka, jika ada di
mana-mana kaunter pembayaran Pejabat Tanah di seluruh daerah pada waktu
pembayaran yang telah ditetapkan ataupun pembayaran melalui dalam talian (online
payment) dengan menggunakan kad kredit / kad debit di laman sesawang Jabatan
Tanah www.laris.gov.bn (LARIS). Jika pemilik-pemilik tanah gagal untuk berbuat
demikian dalam tempoh yang diberikan, Jabatan Tanah boleh mengambil tindakan
undang-undang di bawah Bab 18 Kanun Tanah Penggal 40 di mana pihak kerajaan
berhak untuk merampas dan menjual mana-mana harta alih (movable property) yang
ada di atas tanah mereka dan juga berhak untuk menjual dan mengambil balik tanah
mereka.
SUMBER : www.pelitabrunei.gov.bn.