Ruj. Tahukah Awda? 22/06/2024

22/06/2024

KEMPEN awam Hari Tanpa Beg Plastik telah diadakan oleh Kementerian Pembangunan semasa menyambut Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan pada bulan Mei 2010 yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan pada ketika itu yang bertujuan untuk mendidik orang awam mula mempraktikkan penggunaan beg guna semula apabila membeli-belah. lnisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik telah dilancarkan pada 26 Mac 2011 di mana penggunaan beg plastik tidak dibolehkan pada hujung minggu. Tujuan inisiatif ini diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan seterusnya mempromosikan penggunaan beg guna semula apabila membeli-belah.
 
SUMBER : mod.gov.bn
Attachments