BLOODKAD merupakan satu aplikasi yang membantu menyelaras proses
pendermaan darah secara digital dan pengurangan penggunaan kertas dari segi
pendaftaran penderma darah, pengisian borang pemeriksaan kesihatan dan
tempahan slot menderma. Bloodkad dihasilkan oleh Nextacloud Technologies, bermula
sebagai syarikat start-up yang sebelum ini dikenali sebagai Newgate Plus. Pada
tahun 2017, First Blood telah dijenamakan semula sebagai Bloodkad sehingga
sekarang. Penggunaan Bloodkad diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan melalui
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Jerudong Park Medical Centre
bagi orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah untuk memuat turun aplikasi ini.
SUMBER : www.hbk.gov.bn.