DI Muzium Maritim Brunei Darussalam terdapat tiga galeri iaitu Galeri Kapal Karam
Brunei, Galeri Kegemilangan Maritim Brunei dan Galeri Tapak Warisan Arkeologi.
Salah satunya iaitu Galeri Kapal Karam Brunei yang mana galeri ini mempamerkan
penemuan Kapal Karam Brunei pada tahun 1997. Kapal Karam Brunei merupakan satu
penemuan yang penting dalam sejarah maritim Negara Brunei Darussalam kerana ia
menggambarkan peranan Brunei dalam perdagangan maritim dengan negara-negara
luar pada akhir Abad Ke-15 sehingga awal Abad Ke-16 Masihi.
SUMBER : http://www.museums.gov.bn/.