BIBD merupakan bank terbesar di Negara Brunei Darussalam dan institusi kewangan
Islam utama yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 melalui penggabungan Bank
Islam Brunei dan Bank Pembangunan Islam Brunei. BIBD merupakan sebuah
institusi kewangan yang diiktiraf peringkat antarabangsa dan dikawal oleh amalan
terbaik global di bawah bimbingan pasukan pengurusan yang berpengalaman.
SUMBER : Pelita Brunei Januari 2022.