PRODUK-produk kosmetik di Negara Brunei Darussalam dikawal di bawah
Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007, yang diselaraskan dengan ASEAN
Cosmetic Directive (ACD). Pihak Berkuasa Kawalan Ubat Negara Brunei
Darussalam adalah pihak berkuasa dalam melaksanakan peraturan di Negara Brunei
Darussalam. Semua pengimport produk kosmetik mesti menghantar Borang Notifikasi
kepada Unit Kosmetik, Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan bagi
setiap produk kosmetik sebelum ia diimport / dipasarkan.
SUMBER : moh.gov.bn.