PENUBUHAN secara rasmi Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah dilancarkan pada hari Jumaat 08 Rejab 1413 Hijrah/01 Januari 1993 Masihi. Pada hari pelancaran tersebut, seramai 44 orang pelajar lelaki telah diterima memulakan pengajian di kampus sementara Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Blok C12 dan C13, Kompleks Perumahan Kampong Kiarong. Pada 01 Syaaban 1415 Hijrah/03 Januari 1995 Masihi, seramai 14 orang pelajar perempuan telah memulakan pengajian di Institut Tahfiz AI-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Blok C3, Perumahan Kerajaan Kompleks Perindustrian Beribi.
SUMBER : https://itqshhb.edu.bn