PERMOHONAN untuk mendapatkan Sijil Halal dan / atau Permit Halal adalah
mandatori bagi pemilik perniagaan yang berkaitan dengan makanan di Negara
Brunei Darussalam. Ada dua kategori permohonan iaitu Sijil Halal yang mana
permohonan dikhususkan dan diwajibkan kepada Penyediaan Makanan termasuk
Restoran / Kafe; Medan Selera (Food Court); Dapur Pusat (Central Kitchen). Sementara
Permit Halal (mengeluarkan produk) pula merupakan permohonan dikhususkan dan
diwajibkan kepada Penyediaan Makanan di kemudahan pemprosesan makanan
termasuk Kilang Pemprosesan Produk Makanan.
SUMBER : Laman Sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei
Darussalam.