MASJID Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Kampung Jangsak,
Gadong kira-kira 14 kilometer dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid
ini bermula pada 2 September 1996 dan siap setahun kemudiannya dengan
perbelanjaan sebanyak BND4,136,070. Masjid ini adalah kutipan derma daripada
pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang beragama Islam serta bantuan
daripada Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam. Masjid ini mula digunakan
pada hari Khamis, 29 April 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung 1,200 orang
jemaah.
SUMBER : mora.gov.bn.