SAMBUTAN Hari Kebangsaan yang pertama disambut dengan meriah di satu
upacara yang gilang-gemilang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Seramai 15,000 orang peserta telah mempersembahkan beberapa gerak laku
yang mempesonakan penonton. Turut berangkat ke upacara tersebut ialah raja-raja,
ketua-ketua negara dan pemimpin-pemimpin negara asing dari 70 buah negara di
seluruh dunia.
SUMBER : Pelita Brunei Edisi Februari 1984.