DENGAN terbinanya Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang telah dirasmikan pada 23 September 1983, beberapa upacara gemilang dan meriah telah pun dilangsungkan di Stadium ini. Di antara upacara-upacara bersejarah yang telah diadakan itu ialah Upacara Sambutan Ulangtahun Pertama Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1985. Satu lagi upacara penting yang berlangsung di sini ialah Pesta Sukan Merdeka, yang mana antara tujuannya ialah bagi memperingati Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Pembukaan Rasmi Pesta Sukan Merdeka 1985, bertempat Di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada Ahad, 2 Rejab 1405 bersamaan 24 Mac 1985.