Ruj. Tahukah Awda? 03/02/2024

03/02/2024

JABATAN Radiologi Hospital RIPAS adalah pusat pengimejan diagnostik utama di negara ini yang lengkap bagi pengendalian pemeriksaan radiografi umum, CT Scan, Mammografi, Ultrasound dan Fluoroskopi. Dua mesin baharu Jabatan Radiologi iaitu 3.0 Tesla Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan 128 Dual Source Computed Tomography (CT) juga telah dirasmikan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dengan diagnosis yang lebih baik. Mesin 3.0 Tesla MRI berjenama Siemens Magnetom Sykrafit didatangkan dengan Teknologi Biomatrix yang disesuaikan dengan pesakit, untuk meningkatkan keselesaan pesakit. Mesin CT 128 Dual Source CT berjenama Siemens Somatom Drive - Dual X ray Tube and Detector pula ialah CT lebih pantas (imbasan sehingga 458 mm/s). 


SUMBER : www.pelitabrunei.gov.bn/.

Attachments