Ruj. Tahukah Awda? 20/01/2024

20/01/2024

​BABURIH ialah sejenis cecair yang diperbuat daripada bedak buatan Brunei yang mengandungi kayu gaharu, cendana, minyak kemenyan dan ladan. Ia digunkan oleh orang-orang Brunei dalam masa membayar (menunaikan) nazar dan majlis lain yang sedemikian. Selain Baburih, bunga rampai, beras kunyit dan air wangi juga disimpanb di satu tempat yang dikhaskan umpamanya sebuah gangsa perak beralas, bertarak serta bertatampan yang diletakkan di siring Singgahsana sebelah kanan.


SUMBER : Adat Istiadat Diraja Brunei.

Attachments