Ruj. Tahukah Awda? 13/01/2024

13/01/2024

​SINGGAHSANA adalah tempat Sultan bersemayam di Istana dan digunakan juga menjadi tempat persemayaman Raja Isteri semasa dipuja dalam Istiadat Berpuspa atau digunakan untuk istiadat lain yang serupa maksud penggunaannya. Singgahsana ini di atasnya berbentuk Mahligai yang berpeleher dan dihiasi dengan Nanglong, Patra, Buah Butun, Ganta dan Alamat, sama seperti Patarana. Di peleher Singgahsana ini ditulis ayat-ayat suci Al-Quran yang bersesuaian dengan fungsi Singgahsana ini.


SUMBER : Adat Istiadat Diraja Brunei.

Attachments