Ruj. Tahukah Awda? 06/01/2024

06/01/2024

​GEGANDONG ialah satu kenaikan dalam istiadat tertentu iaitu perahu yang berakit dua atau tiga disatukan (digandingkan) dengan menggunakan beberapa keping papan atau sebagainya yang diletakkan di atasnya (permukaan perahu) menjadi lantai untuk menguatkan kedudukan Gegandong itu. Tiga untuk Gegandong Sultan dan Wazir; manakala dua untuk Gegandong Cheteria atau Pehin Datu Seri Maharaja atau Pehin Datu Perdana Manteri. Bagi Sultan — Gegandong itu ditunda oleh Pateh dan Damong yang membawa Changkah, manakala yang lain ianya ditunda oleh perahu biasa.

SUMBER : Adat Istiadat Diraja Brunei
Attachments